Seperti yang diketahui, WhatsApp telah mengeluarkan polisi baharu terhadap aplikasi permesejannya. Pada ketika itu, ramai yang tidak bersetuju akan tindakan mereka.

Disebabkan itu, ada juga diantara yang telah berhijrah ke aplikasi lain seperti Telegram dan Signal. Dalam pada itu, WhatsApp mengingatkan sekali lagi untuk pengguna menerima polisi baharu mereka sehingga 15 Mei.

Akan tetapi, tahukah anda apakah kesan sekiranya tidak menerima polisi baharu itu?

Menurut WhatsApp, mereka tidak akan memadamkan akaun anda. Namun, penggunaan aplikasi ini akan menjadi terhad sehinggalah pengguna menerima polisi tersebut.

Untuk beberapa tempoh tertentu, pengguna masih lagi mampu menerima panggilan atau notifikasi daripada rakan tetapi anda tidak boleh untuk membaca dan membalas mesej dalam aplikasi itu.

Bermakna, pengguna secara tidak langsung ‘dipaksa’ untuk terus menggunakannya atau memindahkan (export) perbualan anda ke aplikasi lain seperti Telegram.

Oleh itu, anda boleh memadamkan akaun selepas berhijrah ke aplikasi lain. Namun, WhatsApp memberi amaran bahawa segala salinan sandaran (backup) dan sejarah perbualan akan dipadam secara kekal dari aplikasi ini jika anda berbuat demikian (padam akaun).

Jadi, adakah anda bersetuju dengan tindakan WhatsApp? Jika dilihat, aplikasi ini sebenarnya amat penting dan susah untuk ditinggalkan. Sebab itulah ia masih digunakan ramai.

Sumber: gizchina