Semalam kami ada melaporkan yang mana terdapat kejadian tidak diingini berlaku melibatkan dua telefon, iaitu Redmi 8 dan POCO C3 didakwa meletup di India.

Bagi meredakan keadaan serta mengurangkan keresahan orang ramai, POCO tampil memberikan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

“Di POCO, keselamatan para pelanggan adalah sangat penting dan kami memandang serius perkara-perkara seperti ini. Semua peranti kami telah menjalani tahap ujian kualiti yang ketat untuk memastikan kualiti peranti tidak terganggu. Kejadian tersebut telah dilaporkan dan pasukan kami sedang meneliti kejadian tersebut untuk menentukan punca kerosakan peranti. Kami telah berhubung dengan pelanggan tersebut dan akan memastikan masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin.”

Berdasarkan kenyataan tersebut, pihak POCO memandang serius terhadap isu yang berlaku. Selain itu, mereka menjaminkan keselamatan pengguna kerana kesemua peranti POCO telah menjalani beberapa tahap ujian. Tambahan lagi, kejadian itu turut disiasat dan akan diselesaikan secepat mungkin.

Oleh itu, bagi pengguna di Malaysia, anda tidak perlu khuatir. Hal ini kerana, setakat ini belum ada lagi kejadian sebegitu melibatkan peranti Xiaomi mahupun POCO.

Baca juga – Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Baca juga – POCO F3 GT Dijangka Akan Dilancarkan Pada Awal Ogos Ini

Baca juga – POCO M3 Pro 5G Rasmi, Telefon 5G Termurah Di Malaysia