Laman Speedtest telah mengeluarkan laporan terkini stastik kelajuan internet di seluruh dunia bagi rangkaian mudah alih dan jalur lebar.

Di peringkat global, kelajuan rangkaian internet mudah alih terpantas dijuarai oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan kelajuan purata yang dicapainya adalah selaju 194.04 Mbps.

Manakala bagi kelajuan internet jalur lebar pula dijuarai oleh negara jiran kita iaitu Singapura dengan kelajuan purata yang dicapainya adalah selaju 250.35 Mbps.

Bagaimana pula dengan kedudukan capaian internet di Malaysia?

Menurut Speedtest, Malaysia kini berada di tangga ke-86 bagi kategori internet mudah alih dengan kelajuan purata muat turun dan muat naik masing-masing selaju 27.52 Mbps dan 10.53 Mbps.

Manakala kelajuan purata muat turun dan muat naik bagi talian tetap di Malaysia pula kini masing-masing adalah selaju 102.91 Mbps dan 54.72 Mbps.

Untuk melihat senarai penuh kedudukan dan kelajuan rangkaian internet di 180 buah negara, anda boleh layari laman Speedtest.net

Sumber: Speedtest