Antara muka yang terkini daripada Xiaomi ialah MIUI 13. Jadi, yang seterusnya, kemas kini utama selepas ini yang dinanti-nanti ialah MIUI 14.
Ia dijangka dilepaskan bersama Xiaomi 13 penghujung tahun ini.
Dari segi rekaan antara muka, konsepnya digunakan dan keseluruhan reka bentuk masih saja sama seperti MIUI 12.
Antara ciri baharu dilaporkan seperti di bawah:
- Kebolehan Gallery membaca teks seperti Google Photos
- Rekaan baru App Vault, aplikasi Jam
- Kebolehan mematikan notifikasi kekal langsung daripada talam notifikasi
- ‘On This Day’ dalam Galeri
- Sokongan Qualcomm LE
- Perlindungan antipenipuan
- Reka bentuk baru pop-up yang meminta kebenaran
- Ikon menu baru untuk widget
- Mod incognito tidak benarkan pengguna merakam audio
- Rekaan baru butang installer
- Memory Extension ditunjukkan ketika paparan recent view
Jam
Keselamatan
Talam notifikasi
Lain-lain
Nampaknya identiti reka bentuk sejak MIUI 12 yang sering dituduh meniru iOS, terus dikekalkan. Tiada banyak perubahan secara visual.
MIUI 14 kemungkinan besar dibina berasaskan Android 13.
Namun, menariknya ciri-ciri keselamatan tambahan diperkenal, selari dengan keperluan sekarang teruatamanya di Malaysia.
Sama-sama kita nantikan apakah lagi pembaharuan dibawakan daripada skin MIUI 14 kelak.
Sumber: Xiaomiui