Seiring dengan Xperia 1 III dan Xperia 5 III, Sony Malaysia turut menyenaraikan sebuah lagi telefon yang boleh dikatakan agak mampu milik dalam siri ini, iaitu Xperia 10 III.

Harga yang diletakkan adalah RM1999 dan masih belum ada tarikh jualan rasmi lagi di Malaysia. Peranti ini mungkin boleh dipanggil telefon kelas pertengahan yang premium.

Hal ini kerana ia dijana cip Snapdragon 690 5G bersama 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut menerima bekalan kuasa 4500mAh serta menjalankan sistem operasi Android 11.

Ia juga lengkap dengan skrin berukuran 6 inci menggunakan panel OLED, nisbah 21:9, HDR 10 dan sokongan kadar segar semula 60Hz. Skrinnya dilindungi Gorilla Glass 6 dan telefon ini mempunyai penarafan IP65/68.

Antara lainnya, 3 lensa pada bahagian belakang – 12MP utama, 8MP ultra lebar, 8MP telefoto serta 8MP lensa swafoto, serta bicu audio yang menyokong LDAC dan Hi-Res audio.

Sumber: Sony Malaysia

Baca juga – 5 Perkara Yang Tak Patut Wujud Di Telefon Pintar 2021

Baca juga – Ini Harga Rasmi Sony Xperia 1 III Dan Xperia 5 III Di Malaysia

Baca juga – Kenali Perbezaan “Fitness Tracker” Dan “Smartwatch”