Pada April yang lepas, Sony telah melancarkan dua telefon pintar ikonik mereka yang berkelas andalan – Xperia 1 III dan Xperia 5 III.

Kini, kedua-duanya disenaraikan dalam laman rasmi Sony Malaysia yang masing-masing dijual pada harga RM5799 dan RM4599. Bagaimanapun, tarikh jualan buat pasaran tempatan masih belum lagi diketahui.

Mengingat kembali spesifikasi peranti tersebut, kedua-duanya tampil dengan cip Snapdragon 888, bateri 4500mAh, menjalankan Android 11 serta tetapan 3 kamera belakang – 12MP utama, 12MP telefoto dan 12MP ultra lebar. Sementara kamera hadapan 8MP.

Selain kamera 3D TOF yang hanya terdapat pada Xperia 1 III, ia turut dilengkapi skrin 6.5 inci 4K HDR OLED dengan nisbah 21:9 dan sokongan kadar penyegaran 120Hz.

Manakala Xperia 5 III pula tampil skrin sebesar 6.1 inci FHD+ HDR OLED dengan nisbah sama 21:9 dan kadar penyegaran 120Hz. Bagi spesifikasi lain yang menarik, anda boleh baca di sini.

Seperti biasa, bukan semua mampu memiliki telefon daripada Sony ini memandangkan harganya agak premium.

Sumber: Sony Malaysia [1,2]

Baca juga – Sony Melancarkan Pembesar Suara Yang Dipakai Di Leher

Baca juga – Sony WF-1000XM4 Rasmi, Pra-Tempah Bermula Hari Ini

Baca juga – Sony Berminat Bawa “Game” Eksklusif PlayStation Ke Telefon Pintar