Jam tangan G-Shock sungguh popular dan mempunyai ramai peminat di seluruh dunia. Sekitar April lalu, Casio telah memperkenalkan siri G-Squad Pro dimana ia dilengkapi Wear OS.

Kini, model tersebut – GSW-H1000 mula memasuki pasaran tempatan dan Casio G-Shock Malaysia memaklumkan bahawa tanda harganya bermula RM2999.

Mengimbas kembali penawarannya, ia kalis air sehingga 200m, mempunyai multi-sensor, GPS, penjejakan aktiviti suka, muka jam, sambungan pada aplikasi telefon pintar dan banyak lagi.

Buat masa sekarang, Casio menyatakan bahawa sebarang pembelian produk mereka hanya secara dalam talian sahaja melalui Shopee atau Lazada disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Baca juga artikel berkaitan:

Beli Jam Tangan G-Shock di:
Shopee - https://invol.co/cl48v2j
Lazada - https://invol.co/cl48v37