Semakin hari, semakin ramai pengguna di Internet mementingkan privasi dan keselamatan ketika menggunakannya.
Oleh itu, Google kini telah memperkenalkan ciri-ciri yang membuatkan penggunanya lebih selamat semasa melayari internet.
Ini adalah ciri baharu tersebut:
- Padam dengan pantas dari carian – Melalui ini, Google tambah pilihan “padam cepat” yang mana ia akan memadam sejarah carian (search history) untuk 15 minit yang terakhir
- Folder terkunci dengan kod laluan dalam Photos – Ciri ini memberikan gambar yang disimpan lebih selamat dengan adanya kod laluan dalam Photos. Akan tetapi, ia akan hadir untuk Pixel dahulu
- Peringatan sejarah lokasi dalam garis masa peta anda – Pengguna kini boleh matikan dengan mudah sejarah lokasi secara terus dari garis masa
Baca juga – Android 12 Diumum, Lebih Kemas Dan Privasi Ditingkatkan
Sumber: Google