Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Ciri-Ciri Yang Dikeluarkan Oleh Telegram Sempena Tahun Baru

Posted on Januari 3, 2023

Telegram telah menyambut tahun baru 2023 ini dengan pelbagai jenis ciri baharu yang dikeluarkan. Ciri-ciri ini adalah termasuk media tersembunyi, alat lukisan baru, gambar profil untuk kenalan dan sebagainya.

{suggest}

Melalui muat naik blog rasmi mereka, ciri-ciri ini merangkumi semua jenis aspek. Namun, ciri yang paling menyerlah bagi saya adalah media tersembunyi di mana memberi elemen ‘kejutan’ pada penerima.

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/wiserspace/wp-content/uploads/2023/01/03092722/Media-Tersembunyi-Telegram.mp4

Pengguna akan menghantar imej atau video kepada penerima dengan suatu lapisan yang berkilauan mengaburinya, mirip iMessage. Penerima perlu menekan imej tersebut untuk melihat kandungan di dalamnya.

Selain daripada itu, Telegram juga mengeluarkan ciri lain di mana imej profil kini boleh ditentukan mengikut kenalan yang dikehendaki. Kenalan-kenalan ini boleh dipecahkan kepada kenalan biasa atau kenalan rapat.

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/wiserspace/wp-content/uploads/2023/01/03093953/Telegeram-Profile-Photo.mp4

Pengguna juga boleh menetapkan gambar profil yang diingini untuk tatapan umum. Dengan cara ini, privasi pengguna lebih terjaga dan boleh mengecualikan mana-mana kenalan yang lain untuk melihat gambar profil mereka.

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/wiserspace/wp-content/uploads/2023/01/03094620/Telegeram-Privacy-Photo.mp4

Selain daripada itu, pengguna juga boleh mencadangkan gambar yang sesuai untuk dijadikan sebagai profil kenalan yang lain.

https://sgp1.digitaloceanspaces.com/wiserspace/wp-content/uploads/2023/01/03094929/Telegram-Suggestion.mp4

Ciri-ciri tersebut kini boleh diakses oleh semua pengguna iOS dan Android bermula 30 Disember 2022. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ciri yang ditawarkan, pengguna boleh menyemak di blog rasmi Telegram.

Sumber: Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress