Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Cara Untuk Ketahui Haluan Kerjaya Melalui eProfiling KPT

Posted on Jun 1, 2022

Tahukah anda, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyediakan perkhidmatan untuk ketahui minat serta kecenderungan kerjaya melalui laman rasmi eProfiling KPT?

eProfiling membolehkan graduan mendapatkan maklumat mengenai peluang kerjaya, program dan tips meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Dalam erti kata lain, perkhidmatan ini dapat membantu graduan memilih haluan kerjaya berdasarkan minat dan kebolehan diri.

Teruskan membaca untuk membuat semakan melalui Portal eProfiling KPT.

Cara buat semakan haluan kerjaya melalui eProfiling KPT

Langkah 1: Pergi ke laman web eProfiling GReaT KPT di pautan https://eprofiling.mohe.gov.my dan isikan nombor Kad Pengenalan anda.

eprofiling kerjaya

Langkah 2: Keputusan carian akan dipaparkan. Isikan ruangan kosong – nombor telefon dan e-mel.

eprofiling kerjaya

Langkah 3: Terdapat 3 bahagian yang perlu anda jawab; Bahagian A: Kesukaan, Bahagian B: Kecekapan, dan Bahagian C: Pekerjaan. Jawab semua bahagian.

Langkah 4: Anda akan menerima keputusan yang telah dijana berdasarkan jawapan yang anda berikan tadi.

eprofiling kerjaya

Langkah 5: Klik ‘Buka’ untuk ketahui penerangan lanjut berdasarkan Gaya Individu serta Persekitaran Pekerjaan yang dipadankan dengan minat anda.

eprofiling kerjaya

Anda selesai membuat semakan haluan kerjaya melalui portal eProfiling KPT.

Semoga bermanfaat!

Baca juga:

  • My50: Hanya RM50 Untuk 30 Hari Perjalanan Tanpa Had, Ini Cara Aktifkan
  • Ini Cara Untuk Menyahaktifkan Tag RFID Anda Secara ‘Online’
  • Cara Aktifkan Kaedah Pembayaran RFID Untuk Pengisian Minyak Di Shell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress