Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Cara Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Posted on April 15, 2022

Selain kad Touch ‘n Go (TNG) sendiri, MyKad juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada kad TNG untuk membuat pembayaran tol, tambang kenderaan awam, atau membayar tempat letak kenderaan.

Namun, masih ada lagi pengguna yang belum tahu untuk menyemak baki kredit yang tinggal dalam MyKad.

Untuk pengetahuan anda, baki MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Di sini saya kongsikan bagaimana cara untuk semak baki kredit TNG pada MyKad.

Cara semak baki Touch ‘n Go pada MyKad

Langkah 1: Buka aplikasi TNG eWallet. Pada halaman utama, pilih ‘Toll’.

Langkah 2: Pilih ‘TNG Card’.

Langkah 3: Klik ‘ADD A NEW CARD’ di bahagian bawah skrin.

semak baki mykad

Langkah 4: Masukkan MFG No yang boleh didapati pada resit tambah nilai Touch ‘n Go dalam MyKad.

semak baki mykad
MFG No Pada Resit

Langkah 5: Namakan kad anda. Kemudian, masukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon anda.

Selesai. Anda kini boleh semak baki kredit dalam MyKad menerusi aplikasi TNG eWallet.

Semoga bermanfaat!

Baca juga:

  • Cara Guna TnG eWallet Untuk Pembayaran Di App Store Dan Play Store
  • Ini Cara Untuk Tambah Kalendar Hijrah Pada Peranti iOS Anda
  • Telefon Terbaik Bawah RM2000 Setakat April 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress