Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan netizen tentang laporan dakwaan insiden bateri telefon pintar meletup yang melibatkan peranti YES Altitude 3 dari YTL Communications.

Bertindak ke atas dakwaan tersebut, pihak YTL telah menyatakan bahawa mereka memandang serius terhadap dakwaan melibatkan telefon pintar keluaran mereka terbakar.

Mereka juga menegaskan bahawa keselamatan produk dan pengguna mereka adalah sangat penting dan akan menyiasat kejadian itu dengan menyeluruh.

Sehubungan itu juga, pihak YES menasihatkan pengguna peranti tersebut supaya tidak menggunakan pengecas dari pihak ketiga, tetapi menggunakan pengecas asal dan kabel pengecasan yang dibekalkan bersama telefon pintar mereka.

Pengguna juga disyorkan memeriksa bateri telefon tersebut untuk tanda-tanda kembung.

Jadi, sekiranya anda dapati bateri peranti YES Altitude 3 anda kembung, pihak YES akan membantu anda untuk menggantikan dengan bateri yang baru.

Apa yang anda perlu lakukan adalah log masuk ke akaun YES anda melalui aplikasi MyYe.

Kemudian tap pada ikon More dan pilih YesCare.

Seterusnya di bahagian Submit Ticket, anda bolehlah memilih aduan (DeviceBroken/Damage SIM) kepada pihak YES.

 

Contoh aduan. Anda disyorkan menerangkan masalah yang dihadapi supaya pihak YES ambil maklum akan isu yang dihadapi.

Dalam aduan itu anda disyorkan untuk menyertakan sekali gambar keadaan bateri peranti serta nombor siri bateri kembung tersebut.

Contoh gambar. Kredit: YES

Setelah selesai, anda bolehlah hantarkan aduan anda itu dengan tap pada butang Submit.

Apabila pihak YES respon terhadap aduan yang dibuat itu, pihak YES akan memberikan pautan borang yang memerlukan anda melengkapkan borang Permintaan Penggantian Bateri seperti yang tertera di bawah.

Borang ini akan diberikan pihak YES kepada anda menerusi pautan khas.

Lengkapkan borang tersebut dan sertakan bersama gambar bateri yang kembung dan nombor siri bateri kembung tersebut.

Pihak YES menyatakan bahwa mereka akan segera respon terhadap aduan yang diterima mereka dan akan segera menghantarkan bateri baru secepat yang mungkin kepada pelanggannya.

Tetapi sekiranya anda hadapi masalah atau ingin tahu lebih lanjut berkenaan perkara ini, anda boleh terus menghubungi pihak YesCare di [email protected] untuk bantuan lanjut.

Baca juga: YES Memberikan Panduan Khusus Cara Mengecas Dan Menggunakan YES Altitude 3 Dengan Betul

Sebuah Telefon Pintar Didakwa Terbakar Secara Tiba-Tiba Ketika Sesi PdPR

Pelajar Insiden Kedua Telefon Pintar Terbakar Terima Telefon Pintar Baru

Peranti Yes Terbakar, Xiaomi Beri Peranti Redmi Percuma Sebagai Ganti

Lagi Laporan Peranti Pintar Didakwa Terbakar Melibatkan Model Yang Sama