Apabila anda log masuk ke dalam akaun Facebook, setiap aktiviti yang anda lakukan di dalam platfom itu akan disimpan di dalam log aktiviti akaun Facebook anda.
Log aktiviti yang disimpan itu dibahagikan mengikut kategori meliputi Video yang anda telah cari, video yang telah ditonton, hantaran komen yang dibuat, sejarah carian dan sesi aktif anda.
Jadi, berikut adalah panduan bagi anda membuang semua log aktiviti dalam akaun Facebook tersebut menerusi aplikasi pelayar:-
1. Klik pada ikon akaun Facebook anda dan pilih Tetapan & Privasi
2. Kemudian klik pada Log Aktiviti
3. Di sini anda boleh mula memadam log aktiviti akaun Facebook anda mengikut aktiviti yang dikategorikan.
Berikut pula adalah cara memadam log aktiviti akaun Facebook terus dari aplikasi di dalam telefon pintar anda:-
1. Tap pada ikon akaun Facebook anda untuk buka Menu dan tap pada ikon Tetapan.
2. Seterusnya tap pada Tetapan profil.
3. Kemudian pilih Log Aktiviti yang berada di bawah bahagian Maklumat Facebook Anda.
4. Di sini anda boleh memadam log aktiviti akaun Facebook anda sama sepertimana yang ditunjukkan untuk versi pelayar di atas tadi.
Sekian, semoga bermanfaat.
{suggest}