Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Cara Cipta Avatar Di WhatsApp

Posted on Disember 9, 2022Disember 9, 2022

WhatsApp kini telah mengeluarkan ciri baharu mereka di mana pengguna boleh mencipta avatar sebagai pelekat mahupun sebagai gambar profil.

Ini merupakan beberapa jenis panduan untuk pengguna iOS dan Android sepanjang penggunaan ciri tersebut:

Cara Mencipta Avatar Baharu

Pergi ke Settings dan klik pada Avatar.

Pengguna akan diberi arahan untuk mencipta avatar tersendiri.

Selesai sahaja mencipta, tekan Done untuk menyimpan avatar tersebut.

Pengguna boleh mengubah atau menyunting semula avatar tersebut dengan menekan ikon pensel yang terletak di sebelah avatar.

Cara untuk menjadikan avatar sebagai gambar profil WhatsApp

Pengguna hanya perlu tekan di bahagian Avatar dan tekan Create Profile Photo.

Pengguna akan ditawarkan beberapa gaya pergerakan avatar untuk dijadikan sebagai gambar profil.

Cara untuk memadam avatar di WhatsApp

Seperti langkah-langkah yang sebelumnya, pergi ke Avatar dan tekan Delete avatar.

Jangan risau, pengguna masih boleh mencipta yang baharu dan gambar profil tidak akan berubah walaupun sudah dibuang.

Pengguna juga boleh mengakses galeri pelekat yang terhasil oleh avatar dan menggunakannya.

Apabila menghantar pelekat-pelekat ini kepada pengguna yang lain, mereka boleh menggunakan reaksi emoji, membalas atau memajukan pelekat tersebut kepada sesiapa sahaja.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress