Pandemik COVID-19 yang melanda sehingga kini memaksa kita untuk menjalani kehidupan dalam suasana norma baharu. Oleh yang demikian, kebanyakan urusan rasmi seperti bank membuat sistem janji temu agar mengelakkan kesesakan berlaku.

Begitu juga JPJ, mereka tidak akan menerima pelanggan yang hadir tanpa janji temu atau walk-in. Oleh itu, ini adalah cara bagaimana untuk membuat janji temu JPJ secara dalam talian.

Pertama sekali, tekan pautan INI dan klik “Tempahan Temujanji Baru”.

Kemudian, pilih negeri, cawangan serta urus niaga yang ingin dilakukan. Buat pengetahuan, setiap urus niaga yang ditawarkan adalah berbeza mengikut cawangan yang dipilih.

Selepas itu, tarikh akan diberikan kepada anda dan sekiranya negeri tersebut tidak menawarkan sistem janji temu ini, pautan lain akan diberi untuk anda membuat janji temu.

Bagi menyemak status janji temu, tekan pula “Semakan Tempahan Temujanji”.

Baca juga: