Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Baru Betul, Samsung Ada ‘Remote’ TV Yang Boleh Dicas Guna Router WiFi

Posted on Januari 4, 2022

Samsung baru-baru ini telah mengumumkan Eco Remote baharu yang mana hadir dengan satu fungsi unik. Jika tahun lalu, Eco Remote mempunyai kebolehan mengecas menggunakan panel solar, kali ini ia dapat dicas menggunakan frekuensi radio daripada router WiFi.

Dengan teknologi baharu terbina dalam Eco Remote 2022, ia mempunyai radio frequency energy harvesting (RFEH) di mana satu teknik yang berkeupayaan mengumpul tenaga melalui frekuensi radio.

Seperti sebelum ini, Samsung memperkenalkan teknologi sebegini adalah untuk mengurangkan penggunaan bateri AAA. Tambahan lagi, Eco Remote baharu ini juga masih boleh dicas menggunakan panel solar yang ada padanya atau dengan USB-C.

Jika ada yang tertanya-tanya mengapa teknologi tersebut tidak dilihat dalam mana-mana peranti lain adalah disebabkan RFEH ini hanya untuk peranti yang mempunyai penggunaan tenaga yang rendah sahaja.

Sumber: verge

Baca juga:

  • OnePlus Kongsi Rupa Bentuk OnePlus 10 Pro

  • Pertama Di Dunia, Monitor 4K Dengan Kadar Segar Semula 240Hz Akan Diumum Samsung Tidak Lama Lagi

  • Samsung Malaysia Sahkan Galaxy S21 FE, Mungkin Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress