Seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan aplikasi permesejan merupakan satu kemestian bagi setiap individu yang memiliki telefon pintar. Namun, disebabkan ini juga, penjenayah siber tidak melepas peluang untuk mengambil kesempatan.

Baru-baru ini, Kaspersky mendedahkan hasil kajian mengenai aplikasi yang amat digemari oleh para scammer untuk mencari mangsa. Berdasarkan data yang diperoleh antara Disember 2020 hingga Mei 2021, sebanyak 89.6% pengguna WhatsApp di Android menjadi mangsa serangan phishing.

Selain itu, Kaspersky mendapati tiga negara, iaitu Rusia (42%), Brazil (17%) dan India (7%) adalah yang terbanyak menerima pautan berniat jahat. Mereka menyatakan mungkin faktor popularitinya menyebabkan angka tersebut tinggi.

Bukan itu sahaja, Telegram menduduki tempat kedua dalam aplikasi yang menjadi tempat kegemaran scammer dan ia diikuti Viber dan Google Hangout.

gambar dari wethinkdigital

Melihat data tersebut, memang tidak dinafikan kerana PDRM juga telah merekodkan sebanyak 67,552 kes penipuan siber sejak 2017 hingga 20 Jun 2021.

Oleh yang demikian, sebagai pengguna WhatsApp atau Telegram, anda dinasihatkan untuk mengabaikan sebarang mesej dari individu yang tidak dikenali terutama jika diberikan pautan untuk anda menekannya.

Sumber: Kaspersky

Foto utama: reviewpro

Baca juga artikel berkaitan: