Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini Antara Kata Laluan Paling Teruk Yang Masih Digunakan Sehingga Kini

Posted on November 22, 2022November 22, 2022

Kata laluan merupakan salah satu ciri keselamatan yang paling penting untuk setiap pengguna kerana memberi perlindungan kepada data peribadi mereka. Namun, ada sesetengah kombinasi kata laluan yang langsung tidak praktikal, teruk dan menyebabkan akaun terdedah kepada risiko digodam.

Baru-baru ini, penyelidik dan pengurus dari Cybernews dan NordPass telah mengeluarkan laporan berkenaan kata laluan yang paling kerap digunakan sepanjang minggu ini.

Berdasarkan data yang diterima oleh Cybernews, seramai 56 juta kata laluan yang didedahkan serta dibocorkan di darkweb dan forum clearnet penggodam.

Kebanyakkan kata laluan itu adalah termasuk yang mudah diingati dan dijangka seperti ‘123456’, “root”, dan “guest”. Kombinasi kata laluan ini merupakan kata laluan yang tertinggi dan sering digunakan oleh pengguna.

Bagi NordPass pula, data mereka menyatakan bahawa kata laluan yang sering digunakan itu berdasarkan negara dan jantina yang dijangka oleh pengguna. “Password” dilabel sebagai kata laluan yang selalu digunakan oleh pengguna di seluruh dunia.

Beberapa negara menggunakan kombinasi kata laluan yang lebih spesifik. Pengguna-pengguna di UK menggunakan “Liverpool”, “Brasil” bagi pengguna-pengguna di Brazil dan “hallo” untuk pengguna-pengguna di Jerman.

NordPass menyatakan bahawa data kata laluan ini telah dikumpulkan oleh pengkajinya. Mereka telah mengumpulkan sebanyak 3TB senarai data daripada darkweb itu sendiri termasuk data-data yang telah dicerobohi sepanjang 2022.

Senarai kata laluan itu mungkin daripada tahun 2021 juga namun telah dikeluarkan pada tahun 2022.

Ini merupakan data yang dikumpul oleh Cybernews:

Menurut carta ini, 22% daripada kata laluan yang dipulihkan dalam darkweb adalah yang menggunakan huruf kecil, manakala 38% yang lain adalah daripada kombinasi huruf kecil dan nombor.

Selain itu juga, kata laluan ini disusun mengikut berapa kerap digunakan oleh pengguna. NordPass perasan kata laluan yang senang untuk diketemukan adalah kata laluan yang tidak mempunyai sebarang kombinasi.

Kata laluan yang ditetapkan hanya mempunyai sebuah patah perkataan sahaja jadi mana-mana penggodam boleh meneka kata laluan itu dengan senang sekali.

Kajian daripada Cybernews juga menyatakan bahawa hampir 25% sahaja kata laluan ditemui yang menggunakan 8 karakter. Kata laluan yang mempunyai 4 karakter pula hanya dalam lingkungan 16% sahaja.

Setiap kata laluan yang direka perlulah melebihi daripada satu patah perkataan. Karakter yang dimasukkan pula adalah sekurang-kurangnya 12 dan menggunakan huruf besar dan kecil, nombor serta simbol.

Kombinasi kata laluan tidak sepatutnya berasal dari mana-mana perkataan yang biasa didengari mahupun ungkapan yang ringkas.

Sumber: Gizmodo

Gambar: Gizmodo

{suggest}

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress