Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ROG Cetra TWS Pro

Ini Aksesori ROG Yang Dilancarkan, TWS Hibrid Antaranya

Posted on Julai 5, 2022Julai 6, 2022

Dalam acara pelancaran siri telefon ROG Phone 6 tadi, mereka juga telah memperkenal beberapa aksesori yang terus membawa jati diri gamer sejati.

Ia pastinya sesuai digunakan dengan telefon ROG Phone.

Cetra True Wireless Pro

Cetra True Wireless Pro agak unik kerana ia boleh digunakan secara berwayar dan tanpa wayar. Dengan ESS Quad DAC, ANC dan pemabatalan hingar AI, bunyi persekitaran termasuk bunyi papan kekunci dapat dilenyapkan dengan cekap sehingga 95%.

Dalam mod Bluetooth, teknologi Snapdragon Sound menjamin kadar latency serendah 45ms.

Cetra True Wireless
Cetra True Wireless

ROG Cetra True Wireless pula hanya boleh digunakan dalam mod Bluetooth sahaja namun turut menyokong latency rendah. Ia boleh dibeli di Shopee ASUS dan Lazada dengan harga RM515.

Delta S Core
Delta S Wireless

Siri ROG Delta S Wireless ialah headset pertama tanpa wayar daripada ROG. Dengan berat 270 gram, ia boleh disambungkan melalui Bluetooth atau 2.4Ghz.

Manakala Delta S Core pula menggunakan sambungan berwayar. Ia berharga. RM388 dan boleh didapatkan di Shopee ROG.

Antara aksesori lain adalah seperti gambar di bawah.

AeroActive Cooler 6
ROG Kunai
ROG Slash Crossbody Bag
ROG Slash Hip Bag
  • Cetra TWS – RM515
  • Cetra TWS Pro – RM
  • Delta S Core – RM388
  • Delta S Wireless – RM899
  • AeroActive Cooler 6 – RM349
  • DEVILCASE ROG PHONE 6 Guardian Lite Plus (Authorized) – RM149
  • ROG PHONE 6 Glass Screen Protector – RM149
  • Kunai 3 Gamepad for ROG Phone 6 Black – RM499
  • Kunai 3 Gamepad for ROG Phone 6 White – RM499
  • Slash Crossbody Bag – RM399 
  • Slash Hip Bag – RM499

Kesemua aksesori ini mula dijual bermula Ogos kelak.

Sumber: Siaran akhbar ROG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress