Ketika ini Xiaomi telah melancarkan pelbagai siri telefon pintar Redmi Note 10. Antaranya adalah seperti Redmi Note 10, Redmi Note 10S, Redmi Note 10 Pro. Redmi Note 10 5G dan juga Redmi Note 10 Pro Max (pasaran India).

Tetapi Xiaomi seakan tidak berasa cukup lalu mereka kini melancarkan pula edisi Redmi Note 10 JE (“Japan Edition”) untuk pasaran Jepun.

Berbeza dengan pasaran Malaysia yang menggunakan siri cip Qualcomm® Snapdragon™ 600, Redmi Note 10 JE pula dikuasakan oleh Snapdragon 480 dan menyokong rangkaian 5G.

Malah berbeza dengan mana-mana siri Redmi Note 10 yang pernah dilancarkan sebelum ini, Redmi Note 10 JE adalah yang pertama menerima penarafan IP68 bagi siri Redmi Note 10.

Menjadikan ia sebagai siri peranti Redmi Note 10 pertama tahan debu dan air. Malah ia juga dilengkapi dengan servis pembayaran tanpa sentuhan “FeliCa” yang sesuai untuk pengguna di Jepun.

Tetapi terdapat juga beberapa perbezaan lain yang menjadikannya kurang menarik berbanding siri Redmi Note 10 yang ditawarkan di Malaysia seperti hanya dilengkapi bateri berkapasiti 4,800 mAh dan hanya menyokong pengecasan 18W sahaja.

Sumber: GSM Arena, Ishan Agarwal

Baca juga – Redmi Note 10 5G – Jangan Kerana Hanya 5G…

Redmi Note 10 Pro 5G Kini Sokong “Tambah” RAM

Beli Redmi Note 10 di:-
Shopee - https://invol.co/cl5dkdx
Lazada - https://invol.co/cl5dkfd