Seperti yang diketahui, Huawei menjadualkan acara pada 29 Julai ini yang mana siri P50 akan dilancarkan dan mungkin beberapa peranti lain turut diumumkan.

Menjelang pelancaran, Huawei telah berkongsikan sampel gambar daripada telefon P50 yang mana ia memaparkan dua individu sedang melakukan aktiviti sukan lawan pedang (fencing) dalam keadaan persekitaran kurang cahaya.

Berdasarkannya, gambar yang dihasilkan itu boleh dikatakan agak cemerlang menerusi warna yang terhasil disamping tidak kabur kerana sukan ini melibatkan pergerakan yang pantas.

Pun begitu, semestinya gambar yang dilihat di internet tidak cukup baik memandangkan failnya telah dimampatkan (compressed). Walau apa pun, Huawei sebelum ini telah berkongsi video acah kamera P50.

Ia tidak memberitahu sensor yang digunakan. Akan tetapi, Huawei masih lagi menggunakan penjenamaan Leica dan mungkin ini peranti terkahir mereka bersama Leica. Oleh yang demikian, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada Khamis ini.

Sumber: weibo

Baca juga artikel berkaitan:

Beli produk Huawei di:
Shopee - https://invol.co/cl54r0o
Lazada - https://invol.co/cl54r17