Baru-baru ini, sampel gambar dari telefon gaming Black Shark 4 Pro didedahkan di laman weibo. Menerusinya, ia bakal hadir dengan tetapan 3 kamera AI.

Tambahan lagi, telefon ini juga dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama lagi dan mungkin pada hujung bulan Mac dan perkara ini disahkan CEO Black Shark sendiri.

Dalam pada itu, DigitalChatStation turut mendedahkan bahawa kamera utama Black Shark 4 Pro dimuatkan 108MP.

Selain itu, berdasarkan spesifikasi yang tertiris, telefon ini akan dilengkapi bateri 4500mAh dengan pengecasan 120W, paparan 6.67 inci 120Hz dan Snapdragon 870 bagi Black Shark 4. Sementara versi Pro dijana Snapdragon 888.

Walau bagaimanapun, adakah keupayaan kamera yang diperlukan pengguna bagi sesebuah telefon gaming kerana, jarang sekali telefon segmen ini memfokuskan kamera.

Sumber: pricebaba, stufflisting