realme Malaysia baru sahaja melancarkan realme 8 Pro pada minggu yang lalu. Bersempena itu juga, mereka telah membuka muzium fotografi 108MP kepada umum.

Muzium itu boleh dilawati secara fizikal mahupun dalam talian. Ia sudah pun dibuka dan akan tersedia buat pengguna pada hujung minggu sahaja selama 3 bulan, dari jam 10 pagi hingga 9 malam di realme Design Studio.

Selain itu, anda juga dijemput untuk melawat muzium 108MP ini secara maya dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM100,000.

Untuk memenangi hadiah tersebut, anda perlu bermain permainan mini ‘Reconnecting Talian Raya’ dimana pemain perlu mengumpul coin.

Klik sini untuk masuk ke muzium 108MP realme

Anda juga boleh mendapatkan coin tambahan dengan menjemput rakan atau ahli keluarga yang lain untuk bermain bersama.

Permainan mini tersebut akan berlangsung mulai hari ini sehingga 11 Jun 2021. Antara hadiah yang ditawarkan adalah:

  1. Tempat Pertama: realme 8 Pro+Smart TV 43″+Watch S+Buds Air Pro
  2. Tempat Kedua: realme 8 Pro+Watch S+Buds Air Pro
  3. Tempat Ketiga: realme 8 Pro
  4. Tempat Keempat hingga 1000: Baucar RM50 dan cabutan bertuah

Sumber: Siaran Akhbar realme