Kejohanan Free Fire Malaysia Championship 2021 (FFMC 2021) kini sudah sampai ke penghujungnya dimana sebanyak 12 pasukan mara ke peringkat akhir yang mana “Grand Finals” ini akan berlangsung pada 31 Julai.
Berikut adalah 12 pasukan tersebut:
- Auto Knock Out
- SEM9
- Geek FAM
- Freedom Rumble
- Blacklist International
- 4Xmen Xpert
- Eternal Watchlearn
- Team Fastkill
- Overdose LT
- Sorry Roar
- Legend
- Secret Movement
Menjelang peringkat akhir esok, kesemua 12 pasukan tersebut akan berentap sesama sendiri dalam 6 pusingan di 3 peta untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM136,400.
Bagi anda yang mahu memberikan sokongan untuk pasukan diminati, penstriman FFMC 2021 ini boleh ditonton di Facebook rasmi atau YouTube pada jam 1 tengah hari.
Pada masa yang sama, penonton turut bakal menerima hadiah seperti Xtreme Adventure Gun Crate, Fight or Flight lootbox dan Black Dragon backpack apabila jumlah tontonan mencapai 35k.
Sumber: Siaran Akhbar Free Fire
Baca juga artikel berkaitan: