Menurut laporan yang diterbitkan oleh penyelidik dari Comparitech, bandarya-bandaraya di China adalah yang paling banyak dipasang dengan kamera pengawasan (CCTV) di dunia.

Daripada 20 bandaraya yang paling banyak miliki kamera pengawasan, 16 darinya adalah bandar-bandar yang terletak di dalam negara China.

Manakala London, Indore, Hyderabad dan Delhi adalah bandar yang selain daripada di China.

Negara-negara tersebut disenarai berdasarkan kepada jumlah CCTV bagi setiap 1,000 orang.

Menurut Comparitech, Bandaraya Taiyuan, China adalah yang paling banyak miliki kamera pengawasan iaitu sebanyak 117 kamera mengawasi setiap 1000 penduduknya.

Berikut adalah senarai 12 bandaraya yang paling banyak dilengkapi dengan kamera pengawasan di dunia:-

Selain itu, menurut Comparitech lagi, Bandaraya Beijing, China yang merupakan antara bandaraya yang miliki kepadatan penduduk paling padat di dunia menggunakan sebanyak 1,150,000 kamera CCTV bagi mengawasi sejumlah 20,896,820 penduduknya.

Ia bersamaan dengan 55.03 kamera per 1,000 orang atau 181.49 kamera setiap batu persegi.

Jumlah itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan kamera CCTV yang digunakan di bandaraya seperti New York City dan Los Angeles di mana dianggarkan 2 bandaraya itu hanya miliki antara 7 hingga 9 kamera CCTV sahaja bagi mengawasi setiap 1000 orang.

Sumber: Comparitech, Statista