Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Enam Pembelian Syarikat Teknologi Paling Bijak Dan Menguntungkan Sepanjang Zaman

Posted on Oktober 21, 2022Oktober 21, 2022

Pemerolehan ini adalah salah satu cara sesebuah syarikat itu melebarkan sayapnya dan untuk meraih keuntungan.

Untuk mempermudahkan pembaca, kita boleh mengambil contoh seperti Disney membeli Marvel Studios dan secara langsung menjadi pemiliknya.

Walaupun begitu, tidak semua pemerolehan ini dapat memberikan pulangan yang positif kerana ada masanya ia lebih merugikan.

Dan dalam artikel ini, anda akan dapat mengetahui 5 pemerolehan ataupun pembelian yang paling menguntungkan dalam sejarah ketamadunan umat manusia.

{snap}

Pemerolehan DoubleClick Oleh Google.

Google Double Click – Solutions Provided By Google Double Click

Perjanjian pemerolehan DoubleClick kepada Google yang bernilai USD3.1 bilion (~RM14.62 bilion) dipersetujui pada tahun 2007. Dan adalah antara persetujuan yang paling penting dalam industri ini.

Dalam 1 tahun sahaja pada 2019, Google telah mencatatkan pulangan lebih USD20 bilion (~RM94.32 bilion) daripada DoubleClick dan semua anak syarikatnya.

Tambahan lagi, perjanjian ini telah berjaya menambah nilai pasaran Google sebanyak USD126.9 bilion (~RM598.46 bilion).

Menariknya lagi, Google telah berjaya mendapatkan pulangan absolute return sekitar USD123.3 bilion (~RM581.48) berbanding nilai beliannya yang jauh lebih sikit.

{snap}

Facebook Membeli Instagram Dengan Nilai USD1 bilion (~RM4.72 bilion)

Facebook new features to allow Facebook Stories to be shared on Instagram! - Zing Gadget

Ketika Instagram menjadi arus perdana diseluruh dunia, Facebook sudah mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah syarikat yang kuat. Ini membolehkan Facebook membeli Instagram pada tahun 2012.

Pemerolehan ini telah berjaya meningkatkan nilai pasaran Facebook sebanyak USD153 bilion (~RM721.55 bilion).

Selain itu, Facebook juga telah mencatatkan pulangan absolute return sebanyak USD152 bilion (~RM716.83 bilion ) sepanjang pemilikannya.

Menariknya lagi, Facebook berjaya menjana pendapatan sekitar USD20 bilion (~RM94.32 bilion) daripada media sosial Instagram sahaja. Sedangkan YouTube terpaksa membayar ‘gaji’ kepada content creator nya, semua wang yang dijanakan Instagram pula sepenuhnya masuk ke poket Facebook.

{snap}

Google Membeli YouTube Dengan Harga USD1.65 bilion (~RM7.78 bilion)

2006 - Google bought YouTube for $1.65 billion Periodico Daily

Pada tahun 2006, Google telah berjaya memperolehi YouTube secara penuh dan platform tersebut telah menyumbang sekitar sepersepuluh daripada jumlah pendapatan Google.

Menariknya, YouTube adalah engin carian kedua paling popular di dunia dan hanya dibelakang pemiliknya sahaja, Google.

Berdasarkan sumber, YouTube telah berjaya menambahkan nilai pasaran Google sebanyak USD86.2 bilion (~RM406.52 bilion).

Di samping itu, Google telah berjaya mencatatkan pulangan absolute return sebanyak USD84.5 bilion (~RM398.50 bilion) daripada YouTube sahaja.

{snap}

Pemerolehan Apple Ke Atas NeXT

The 5 Best Acquisitions in Apple's History and Why Netflix Must Be the Next | by Sylvain Saurel | The Startup | Medium

NeXT adalah salah satu nama besar dalam industri sistem operasi pada sekitar tahun 90-an. Tambahan lagi, ia juga dianggap setanding dengan OS seperti iOS, MacOS dan lain-lain.

Pada tahun 1997, Apple telah membeli syarikat ini dengan nilai pemerolehan sebanyak USD429 juta (~RM2.023 bilion). Melalui perjanjian ini, Apple telah berjaya mendapatkan pulangan absolute return sekitar USD62.6 bilion (~RM295.22 bilion).

Selain itu, pemerolehan ini juga telah berjaya meningkatkan nilai pasaran Apple sebanyak USD63 bilion (~RM297.11 bilion). Mengikut kajian, setiap dollar dalam pendapatan tahunan Apple mempunyai pengaruh NeXT padanya.

{snap}

Pembelian Google Ke Atas Android yang bernilai USD50 juta (~RM235.80 juta)

What is the unknown process that led to Google getting Android? - GIGAZINE

Pemerolehan ini dianggap sebagai antara yang tersebsar sekali di dunia. Hal ini demikian kerana, Google telah berjaya mencatatkan pendapatan absolute return dan penambahan nilai pasaran yang sama – USD72 bilion (~RM339.55)

Daripada jumlah tersebut, kita boleh menilai dan mengagak Google telah berjaya menambahkan pulangan perlaburannya melebihi 1400 kali ganda.

{snap}

Pembelian Priceline Ke Atas Booking.com Dengan Nilai USD135 juta (~RM636.66 juta)

Consumers stand to gain more via direct booking

Pemerolehan ke atas laman sesawang tempahan hotel Eropah ini disifatkan sebagai antara yang paling menguntungkan dalam sejarah.

Hal ini demikian kerana pembelian ini telah meningkatkan nilai pasaran Priceline dalam jumlah puluhan bilion dollar.

Syarikat itu juga telah memperolehi pulangan pelaburan mereka sekitar USD46.6 bilion (~RM219.77 bilion0). Secara tidak langsung, mencatatkan sebagai salah satu pemerolehan yang paling menguntungkan dalam sejarah.

Sumber: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress