Berdasarkan data terbaru daripada Canalys, vivo berada kedudukan kelima sebagai jenama pengeluar telefon pintar terbesar di dunia setakat suku kedua tahun 2021.

vivo menyaksikan peningkatan yang baik sehingga kini untuk kekal berada dalam kelompok 5 teratas. Ini kerana, pada suku pertama 2021 juga mereka antara 5 terbaik.

Secara keseluruhan, Samsung masih lagi jenama nombor satu. Di tempat kedua, Xiaomi memintas Apple sebagai pengeluar telefon terbesar di dunia dan diikuti oleh OPPO.

Dalam pada itu, Huawei telah terkeluar daripada senarai 5 jenama terbesar di pasaran China. Mereka kini dalam kelompok lain-lain (other) berdasarkan data dari IDC setakat suku kedua 2021.

Di China, vivo adalah jenama nombor satu dan diikuti OPPO, Xiaomi dan Apple. Bagaimanapun, ia tidak menghalang Huawei untuk melancarkan siri P50 hari ini – 29 Julai 2021.

Sumber: Siaran Akhbar vivo, IDC