Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ini 10 Aplikasi Paling Kuat ‘Makan’ Bateri Telefon Anda

Posted on Disember 14, 2022Disember 15, 2022

Setakat penghujung tahun 2022 ini, kita ada begitu banyak aplikasi telefon pintar yang tidak terkira jumlahnya. Secara amnya, setiap aplikasi akan guna dan memerlukan kuasa daripada bateri sesebuah telefon pintar untuk beroperasi.

10 Aplikasi Smartphone Paling Kuat ‘Makan’ Bateri

Berdasarkan data daripada firma pCloud, berikut adalah 10 aplikasi dengan penggunaan tenaga paling tinggi untuk beroperasi:

  • Fitbit
  • Verizon
  • Uber
  • Skype
  • Facebook
  • Airbnb
  • BIGO LIVE
  • Instagram
  • Tinder
  • Bumble

pCloud menentukan kedudukan tersebut berdasarkan 3 perkara – ciri-ciri yang diperlukan setiap aplikasi seperti lokasi, kamera, storan dan lain-lain, peratusan bateri yang digunakan, dan juga sokongan ciri mod gelap.

Berdasarkan kedudukan tersebut, Fitbit dan Verizon adalah 2 aplikasi yang paling ‘rakus’ menggunakan kuasa bateri sesebuah telefon pintar.

Berdasarkan kajian firma pCloud, 14 daripada 16 aspek sesebuah peranti digunakan oleh kedua-dua aplikasi tersebut. Ini termasuklah 4 aspek yang paling intensif penggunaan kuasanya – kamera, lokasi, mikrofon dan sambungan wifi.

{suggest}

Oleh itu, tidak mengejutkan apabila Fitbit dan Verizon mencatatkan skor tertinggi sekali – Lebih 92%.

Sumber: pCloud

Gambar utama: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress