Ekoran daripada aduan yang dibuat oleh penduduk di sekitar Seremban yang bimbang dengan kesan radiasi yang terhasil daripada infrastruktur komunikasi yang terletak berhampiran dengan kediaman mereka, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Negeri Sembilan menjelaskan bahawa ia tidak akan memudaratkan kesihatan orang awam.

SKMM menegaskan, infrastruktur komunikasi yang dibina berhampiran kediaman awam adalah berada pada tahap selamat untuk digunakan.

Ini kerana frekuensi radio yang dipancarkan oleh stesen pemancar telekomunikasi adalah amat rendah daripada had pendedahan yang dibenarkan kepada orang awam.

SKMM juga memaklukan, bagi mendapatkan kepastian tahap radiasi itu, pihak Agensi Nuklear Negara telah menjalankan ujian radiasi terhadap sebuah menara di kawasan Rasah Kemayan, Seremban dan beberapa lokasi yang berada di bawah liputan infrastruktur komunikasi tersebut.

SKMM juga menjelaskan, setiap infrastruktur komunikasi yang dibina mempunyai tahap pematuhan yang seiring dengan standard antarabangsa.

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan orang awam agar merujuk kepada sumber yang sahih atau pakar bertauliah yang diiktiraf kerajaan bagi mengelakkan salah faham berkenaan isu radiasi ini.

Sumber: Bernama

Baca juga: SKMM Menjemput Pengguna Awam Terlibat Mengkaji Semula Standad Pancaran Medan Elektromagnet (EMF)