Infinix Malaysia secara rasmi membawa masuk Infinix Note 30. Dua model didagangkan di sini ialah versi Pro dan standard.
Semalam, 3 model diumumkan Infinix global namun nampaknya model paling berkuasa iaitu Infinix Note 30 5G tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

Tapi tak mengapa, kita teliti spesifikasi ditawarkan 2 model yang ada di sini.
Sebelum itu, anda harus tahu bahawa kedua-dua telefon hadir dengan audio stereo yang ditala oleh JBL, mempunyai NFC dan menyokong penambahan RAM maya sehingga 8GB.
Selain itu, bicu audio 3.5 mm turut tersedia. Akan tetapi, kedua-duanya tidak menyokong rangkaian 5G.
Infinix Note 30 Pro
- MediaTek Helio G99
- 8/128GB, 8/256GB
- 6.67″ AMOLED 120Hz, FHD+
- 108MP, 2MP, 2MP
- 32MP swafoto
- 5000mAh, 68W berwayar, 15W wayarles
- Android 13, XOS 13
Antara ciri paparan lain termasuklah kadar input sentuhnya pula setinggi 360Hz.
Menariknya, ia turut sokong pengecasan tanpa wayar songsang (reverse wireless charging).
Ia mampu dicas dengan 80% kapasiti bateri hanya dalam 30 minit, kata Infinix.
Teknologi PWM Dimming juga digunakan pada telefon ini dengan ketinggian sehingga 1920Hz.
Versi Pro ini juga dilengkapkan dengan sistem penyejukan vapor chamber yang mengandungi 10 lapisan dengan keluaran sehingga 2000 milimeter persegi.
Warna tersedia ialah Magic Black dan Variable Gold.
Beli Infinix Note 30 Pro
Ia mula dijual esok, 25 Mei 2023.
- 8/256GB – RM899 (klik SINI ke Shopee, klik SINI ke Lazada)
{suggest}
Infinix Note 30
- MediaTek Helio G99
- 8/128GB, 8/256GB
- 6.78″ LCD IPS 120Hz, FHD+
- 64MP, 2MP, AI (tidak didedahkan berapa MP)
- 16MP swafoto
- 5000mAh, 45W berwayar, 15W wayarles
- Android 13, XOS 13
Menariknya, telefon ini menyokong pengecasan songsang berwayar dan mempunyai perlindungan IP53 (mengikut rantau).
Kadar input sentuhnya pula hanya setinggi 240Hz selain cuma menggunakan IPS LCD dan kamera 64MP.
Dalam pada itu, ia juga mempunyai talam khas untuk kad memori. Penambahan RAM maya pula boleh dilakukan dengan maksimum 8GB, menjadikan keseluruhannya 16GB RAM.
Seperti anda lihat dalam gambar, ia sedikit lebih panjang daripada versi Pro. Namun, kedua-duanya mempunyai kualiti binaan yang hampir sama – terasa agak kukuh dan sedikit berat.
Tiga warna terjual ialah Obsidian Black, Interstellar Blue dan Sunset Gold.
Beli Infinix Note 30
Ia mula dijual esok, 25 Mei 2023.
- 8/256GB – RM699 (klik SINI ke Shopee, klik SINI ke Lazada)