Sebelum ini kami telah kongsikan yang pasaran tempatan akan dihadiri satu lagi telefon ‘gaming’ tidak lama lagi. Terkini, harga rasmi untuk Infinix Hot 10S yang akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee telah didedahkan.

Sedikit rangkuman, telefon gaming ini dilengkapi cip Mediatek Helio G85, bateri sebesar 6000mAh, skrin 6.82-inci dengan sokongan kadar penyegaran 90Hz.

Infinix Hot 10S edisi standard boleh didapati dalam warna hitam dan hijau pada tanda harga RM499 untuk varian 4GB/64GB dan RM549 untuk 4GB/128GB.

Selain itu, ada juga edisi terhad yang menampilkan kemasan permainan mudah alih Mobile Legends: Bang Bang di panel belakang telefon. Malahan, setiap pembelian akan mendapat rangka telefon MLBB (sementara stok masih ada).

Jika berminat, anda sudah boleh pergi ke Shopee dan add to cart sekarang sementara menunggu pelancaran eksklusif pada 13 Julai.

Sumber: siaran akhbar Infinix

Baca juga – OPPO Dijangka Akan Melancarkan Telefon Gaming

Baca juga – Nak Menang Kerusi Gaming Secretlab X RSG? Sertai “Giveaway” Ini

Boleh beli Infinix Hot 10S disini:
https://invol.co/cl4se34