Beberapa hari lepas, Indonesia telah menyekat beberapa platform termasuk Yahoo!, PayPal, Steam, Epic Games, Dota, Counter-Strike, Epic Games dan Origin.com.
Ia merupakan tindakan susulan daripada ketidakpatuhan syarikat-syarikat tersebut kepada arahan kerajaan Indonesia untuk mendaftar sebagai Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) dengan kementerian di sana.
Terbaharu, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kominfo) melalui akaun Twitter telah mengumumkan beberapa platform yang disekat sebelum ini telah dibuka akses semula. Antaranya termasuk Yahoo!, PayPal, dan Valve Corp (Steam, CS GO, Dota).
Halo SobatKom!
Berikut ini update status terkini mengenai Pendaftaran Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) pada beberapa PSE Lingkup Privat meliputi PayPal, Valve Corp, dan Yahoo.#BersamaKominfo #KitaMakinTahu #PSE pic.twitter.com/h6formwHsR— Kementerian Kominfo (@kemkominfo) August 2, 2022
Bagaimanapun, sehingga kini Epic Games dan Origin masih kekal disekat di negara itu, yang menjadikan permainan video seperti Fortnite dan FIFA masih tidak boleh dimainkan.
Sekatan ini telah mencetuskan kecaman dalam kalangan pengguna Indonesia. Berikutan itu, Kominfo juga telah memohon maaf kepada semua ‘gamer’ sebelum ini.