Kerajaan menegaskan bahawa individu yang memalsukan sijil suntikan vaksin akan didakwa di Mahkamah.

Pihak yang memalsukan sijil suntikan vaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri hari ini memaklumkan, setakat ini sudah seramai 10 individu telah didakwa di mahkamah kerana memalsukan sijil suntikan vaksin.

Pemalsuan sijil suntikan vaksin melibatkan empat individu di Sarawak, masing-masing dua individu di Sabah dan Melaka serta masing-masing satu individu di Kelantan dan Perak.

Seperti semua sedia maklum, sekiranya anda telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksinasi COVID-19, profil anda akan dikemaskini dan sijil digital suntikan vaksin akan dipaparkan dalam aplikasi MySejahtera.

Sementara kad vaksin pula hanya boleh digunakan sebagai bukti tetapi  untuk sementara waktu sahaja.

Sumber: Bernama

Baca juga:-