India dilaporkan telah menyekat dan melarang muat turun aplikasi pemain media popular iaitu VLC (VideoLan Client) di dalam negara itu.
Sekatan itu meliputi laman sesawang “www.videolan.org” di seluruh negara itu.
Sekatan ke atas aplikasi itu dikhabarkan telah pun dibuat sejak 13 Februari 2022 lalu lagi secara diam-diam oleh kerajaan negara itu.
Sekatan yang dikenakan ke atas VLC tiada diberikan sebarang penjelasan rasmi oleh Kerajaan India.
{suggest}
If you are in India, please help us. https://t.co/rOpIjlx0q9
— VideoLAN (@videolan) August 12, 2022
Tetapi menurut beberapa laporan, sebab sekatan dikenakan ke atas aplikasi itu adalah kerana platfom tersebut didakwa digunakan oleh grup penggodam yang dikenali sebagai Cicada untuk melancarkan serangan mereka.
Ia agak pelik kerana pembangun VLC iaitu VideoLAN berpangkalan di Paris, Perancis.
Sumber: Gizmochina