Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Imej Xiaomi 12 Lite Tertiris, Beberapa Spesifikasi Asas Turut Didedahkan

Posted on April 28, 2022April 28, 2022

Seperti namanya, Xiaomi 12 Lite lazimnya hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah terutamanya darip segi pemilihan cip pemprosesnya.

Daripada laporan terkini, telefon ini akan dilengkapkan dengan skrin rata dan bingkainya diperbuat daripada plastik, berbeza daripada abang, kakaknya yang telah dilancarkan beberapa bulan lepas.

Skrinnya bersaiz 6.55 inci dan menggunakan teknologi OLED dengan resolusi hanya FHD+ bersama kadar segar 120Hz.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai perantara untuk mengimbas cap jari pengguna. Pembesar suaranya adalah daripada jenis stereo dan model Lite turut mempunyai infrared untuk mengawal peranti lain.

Untuk kamera pula, tiga ‘mata’ diletakkan apa belakang, mungkin salah satunya ialah 108MP, walaupun maklumat sebelum ini mengatakan ia adalah 64MP. Dua lensa selebihnya ialah sudut lebar 8MP dengan makro 5MP.

Xiaomi 12 Lite of Geekbench

Dengan bateri sebesar 4500mAh dan pengecasan sehingga 67W, ia dijana Snapdragon 778G Plus.

Sumber: GSMArena

Baca juga:

  • Timbalan Presiden Xiaomi Global Dipanggil Kerajaan India Untuk Siasatan Berkaitan Forex
  • Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
  • Xiaomi Terus Kuasai Pasaran, Untung Naik Pada Tahun 2021

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress