Sebelum ini, OnePlus 9 telah tertiris yang menampilkan rekaan serta spesifikasi peranti tersebut. Terbaru, peranti sebenar ini sudah kelihatan dimana seorang pengguna yang menggunakannya di dalam kereta api.

Menerusi imej yang didedahkan, rekaannya sama seperti yang dilaporkan sebelum ini serta tampil dengan warna ungu dengan panel belakang daripada kaca.

Dari segi spesifikasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 888, 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut dilengkapi skrin berukuran 6.56 inci Fluid AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz.

Pada bahagian belakang, terdapat seperti empat tetapan kamera akan tetapi pada tangkapan layar spesifikasi hanya menunjukan 48MP+48MP+8MP kamera. Sementara bahagian hadapan menempatkan satu kamera swafoto.

Dalam pada itu, Max Jambor juga mendedahkan bahawa OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro tidak akan hadir dengan kamera periskop. Jika masih ada yang tidak tahu, kamera periskop memberikan keupayaan zum lebih jauh sehingga 100x.

Tambahan lagi, imej ini mungkin adalah varian yang lebih tinggi iaitu Pro kerana dikatakan OnePlus akan melancarkan tiga peranti OnePlus 9 pada tahun ini yang mana OnePlus 9 Lite/E adalah varian mampu milik.

Sumber: cnmo, Max Jambor