Tirai 2017 bakal berlabuh beberapa minggu sahaja lagi tetapi nampaknya Xiaomi masih belum puas kerana syarikat tersebut akan memperkenalkan dua buah model pada 7 Disember ini.
Lanjutan daripada beberapa khabar angin sebelum ini, Xiaomi akhirnya memperlihatkan imej rasmi bagi kedua-dua model iaitu Redmi 5 dan Redmi 5 Plus.
Berdasarkan imej yang dipertontonkan itu, kedua-duanya dilihat mempunyai rekaan yang hampir sama dan yang paling utama adalah skrin paparan bernisbah 18:9. Redmi 5 dikatakan hadir dengan skrin berukuran 5.7 inci manakal versi plus pula dengan ukuran 6 inci.
Maklumat mengenai spesifikasi masih tidak didedahkan dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi yang bakal dibuat pada hari pelancaran peranti ini.
Sumber: Donovan Sung