Seperti sedia maklum, Microsoft telah mengesahkan Windows baharu akan diperlihatkan pada 24 Jun ini.
Terkini, Windows terbaru itu telah tertiris dimana ia menunjukkan beberapa perubahan besar antara muka dalam sistem operasi tersebut.
Baca juga – Ini Mungkin Bunyi Mula Untuk Sistem Terbaru Windows 11
here's a first look at Windows 11. There's a new Start menu, rounded corners, a new startup sound, and more https://t.co/VDS08QPsl5 pic.twitter.com/OkCyX3TtmI
— Tom Warren (@tomwarren) June 15, 2021
Dalam Windows 11 ini, keseluruhan antara mukanya tampil lebih segar dengan sudut bulat kelihatan seakan Windows 10X. Boleh dikatakan Microsoft akan menggunakan mengambil ciri-ciri pada 10X yang dibatalkan itu.
Selain itu, perubahan paling ketara dapat dilihat pada “taskbar” yang lebih kemas dimana ikon aplikasi diletakkan ditengah dengan butang Start dan menu yang baru.
Tambahan lagi, ia juga mempunyai ciri “snap” baharu dimana pengguna boleh mengawalnya melalui butang “maximize” di semua aplikasi.
Dalam gif yang dikongsi, ciri ini kelihatan sangat kemas dan mudah digunakan untuk mengatur windows mengikut bahagian di komputer pengguna.
Walaupun begitu, ini hanyalah versi tertiris sahaja. Sama-sama kita nantikan kemas kini rasmi oleh Microsoft dalam masa terdekat.
Baca juga – NVIDIA Akan Menamatkan Sokongan Ke Atas Sistem Windows 7 Dan Windows 8/8.1
Sumber: the verge