Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ikuti Tip Ringkas Ini Sebelum Anda Lama Meninggalkan Rumah

Posted on Januari 31, 2022

Di musim cuti perayaan ini,pastinya anda akan mengambil peluang untuk bercuti  dengan pulang ke kampung atau pergi melancong. Percutian anda itu pula mungkin panjang sekaligus meninggalkan rumah kediaman anda untuk satu tempoh yang lama.

Oleh itu, adalah disyorkan supaya anda ikuti tip mudah ini yang dikongsikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk diamalkan supaya rumah anda berada dalam keadaan yang selamat dan elakkan pembaziran tenaga ketika meninggalkannya.

1. Tutup semua suis

Sebelum meninggalkan rumah anda, pastikan anda periksa semua suis peralatan elektrik seperti suis lampu, kipas dan lain-lain telah ditutup dengan sempurna.

Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran elektrik.

2. Tidak sambungkan plug pada kabel sambungan

Adalah disyorkan supaya plug-plug peralatan elektrik rumah anda itu dimasukkan terus sahaja ke dalam soket. Bukan disambungkan pada kabel penyambung atau penyesuai (adapter).

Ini bagi mengelakkan daripada berlaku insiden seperti litar pintas atau kabel penyambung menjadi terlalu panas kerana ia berpotensi kepada punca berlakunya kebakaran.

Lebih baik lagi, plug-plug barangan elektrik yang tidak digunakan ditanggalkan terus dari soket sekaligus mengelakkan arus elektrik dari terus mengalir.

3. Hubungi TNB CareLine

Jika anda berdepan dengan gangguan bekalan elektrik, anda boleh terus hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau  PM terus mereka di FB rasmi TNB CareLine.
Semoga dengan mengikuti tip ringkas ini, anda menjadi lebih senang hati untuk meninggalkan rumah anda dalam tempoh yang lama dan percutian anda lebih menyeronokkan.
Sumber: Facebook TNB CareLine

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress