Google baru sahaja melancarkan Pixel 5a 5G yang mana sebuah telefon berkelas pertengahan. Buat pengetahuan, ia merupakan telefon terakhir dari Google yang disertakan sekali pengecas di dalam kotak.

Bermakna, siri Pixel 6 yang akan dilancarkan secara rasmi nanti tidak diberikan pengecas di dalam kotak. Google bertindak demikian kerana mereka mengatakan kebanyakan pemilik telefon pintar sudah mempunyai pengecas USB-C.

Oleh itu, tiada sebab mereka untuk memberikannya lagi. Apple sebagai peneraju trend tersebut yang kemudian diikuti Samsung menerusi telefon pintar andalan (flagship) mereka. Dengan ini, Google syarikat ketiga mengikut jejak langkah mereka.

Selain isu mengurangkan buangan barang elektronik (e-waste), mereka juga secara tidak langsung dapat menjimatkan kos penghasilan.

Adakah jenama dari China seperti Xiaomi akan mengikut mereka? Adakah satu hari nanti kita hanya diberikan telefon pintar sahaja di dalam kotak jika alasan “pengguna sudah memiliki aksesori itu” digunakan?

Sumber: Verge

Baca juga: