Apabila Sony mengumumkan Xperia X awal tahun ini, mereka juga menyebut tentang peranti yang diberi nama Xperia Ear. Apabila peranti ini disambungkan melalui Bluetooth, fon telinga tanpa wayar ini mampu menjalankan kerja hanya dengan menggunakan arahan suara seperti arahan menulis mesej, mencari maklumat di laman web, menentukan arah, menyemak jadual, cuaca, berita dan banyak lagi.

Hari ini Sony telah mempersembahkan peranti yang telah mereka gembar gemburkan di Berlin sempena IFA Trade Show.Di katakan ianya akan dilancarkan secara rasmi pada bulan November ini dan harga peranti ini masih menjadi tanda tanya.

Di samping menjadi saluran kepada Google Now, fon telinga ini mempunyai watak pembantu yang dapat bercakap dengan anda. Ianya mempunyai jangka hayat bateri selama satu hari dan direka dengan berat yang ringan dan ianya juga sangat selesa untuk di pakai. Namun, ianya tidak sesuai untuk menjadi peranti untuk mendengar lagu kerana ianya datang dengan satu unit sahaja.

Nota
Penting: IFA Trade Show adalah Pameran Perdagangan Utama di dunia untuk
barangan elektronik dan peralatan rumah. Ianya berlangsung bermula dari
2 September hingga 7 September yang bertempat di Berlin. Anda boleh
lihat artikel yang telah dilebelkan untuk melihat peranti baru yang
ditayangkan di IFA Trade Show.