Seperti yang kita tahu, headset VR adalah peranti maya-realiti yang di cipta dengan menggunakan telefon pintar sebagai skrin. Pengguna perlu mengekses aplikasi VR di dalam telefon pintar dan menggunakan headset VR sebagai medium pancaran gambar maya realiti.

Terbaru, Alcatel kini muncul dengan headset VR terbaru mereka semasa pameran IFA 2016 hari ini. Yang menarik tentang peranti dari Alcatel ini, ianya tidak perlu menggunakan telefon pintar sebagai alat untuk diekses. Ianya mempunyai sistem perisian sendiri yang berupaya untuk berfungsi tanpa perlu dilekatkan bersama telefon pintar. Ianya termasuklah eight-core CPU, RAM 3GB, ruang memori sebanyak 32GB, Bluetooth, LTE dan dilengkapi dengan sensor seperti accelerometer, gyro dan proximity.

Heaset VR Alcatel ini dimuatkan dengan paparan skrin AMOLED yang berukuran 3.8 inci dengan resolusi 1080 x 1020. Ianya juga mempunyai kapasiti bateri sebanyak 3000mAh.