Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

i-City Ingin Jadi Yang Pertama Terapkan Teknologi Metaverse Di Malaysia

Posted on Februari 10, 2022Februari 10, 2022

Hari ini, i-City telah mengumumkan pelan perubahan digital yang bernilai RM10 juta untuk meningkatkan pengalaman alam meta (metaverse) pada taman tema tersebut. Kolaborasi ini dilakukan bersama dengan China Mobile International (CMIM).

Menerapkan dan melaksanakan teknologi baharu sentiasa menjadi identiti i-City. Seperti tahun 2009, i-City menggunakan teknologi LED bagi menerangkan dan mengindahkan lagi landskap kawasan ini.

Hasilnya, CNN Travel mengiktiraf taman tema i-City sebagai antara 21 kawasan paling cerah dan warna warni di dunia. Ia mengatasi New York Time Square di Amerika Syarikat.

Seiring dengan perkembangan teknologi, kali ini i-City ingin menjadi yang pertama untuk menggunakan teknologi alam meta di Malaysia yang mana pelan ini dijangka akan dilancarkan pada detik tahun baru 2023.

Selain itu, i-City juga menyasarkan seramai 10 juta pengunjung bakal menikmati pengalaman metaverse di sini.

Bagi merealisasikan pelan tersebut, pelaksanaan 5G juga memainkan peranan penting kerana ia memerlukan infrastruktur pengkomputeran awan berskala besar. Ini kerana, pemindahan model 3D avatar alam meta secara digital memerlukan data yang besar.

Dengan kolaborasi ini, i-City memfokuskan penghasilan realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) berkualiti tinggi yang dapat memberikan pengalaman alam meta yang menakjubkan.

Sumber: Siaran akhbar i-City

Baca juga:

  • Ketua Reka Bentuk Tesla Kritik Apple, Katanya Rekaan Peranti Apple Dah Tak Menarik
  • Opensignal: Liputan Makin Meluas Tapi Pengalaman Guna 4G Di Malaysia Masih Lemah
  • Kini Pengguna Android Boleh Main Semula Video Twitter Pada Kadar Kelajuan 2X Ganda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress