Larangan terhadap Huawei dan ZTE untuk mengakses teknologi Amerika Syarikat (A.S) sebelum ini telah mendedahkan kelemahan dalam pasaran cip negara China. Syarikat semikonduktor seperti SMIC turut dilarang untuk mengakses teknologi A.S.
Terkini, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China telah mendedahkan 90 syarikat dari negara itu memfailkan permohonan untuk pembentukan National Integrated Circuit Standardization Technical Committee.
Antara 90 syarikat yang menyertai pembentukan jawatankuasa ini termasuk Huawei, HiSilicon, Xiaomi, syarikat semikonduktor SMIC, Alibaba Group, ZTE Microelectronics, China Mobile, China Unicom, ZTE, Tencent dan sebagainya. Selain itu, pembentukan ini turut disertai oleh wakil dari universiti terkemuka China seperti Tsinghua University.
Dengan pembentukan itu, ia dijangka dapat menyelaraskan industri yang lemah, meningkatkan piawaian yang relevan untuk penilaian serta memperkukuhkan pembangunan dalam industri IC (Integrated Circuit).
Buat masa ini, pembentukan itu masih di peringkat awal dan MIIT China masih mengumpul pendapat umum mengenai cadangan tersebut hingga akhir Februari.
Sumber: SCMP