Model baru jam pintar oleh HUAWEI yang sedia diperkenalkan pada awal bulan ini bakal dibawa masuk secara rasmi ke Malaysia tidak lama lagi. Siri HUAWEI Watch 3 merupakan jam pintar pertama di dunia yang dikuasakan sistem operasi terbaru, HarmonyOS.

Baca juga – Huawei Watch 3 Diperkenal, Lebih Banyak Ciri Kesihatan

Selain itu, jam pintar ini menampilkan rekaan estetik dengan bahan titanium, skrin kaca 3D ultra-lengkung, beserta kaca seramik di bahagian belakang.

Ia juga dilengkapi pelbagai fungsi pemantauan kesihatan 24 jam melalui SpO2 dan teknologi HUAWEI TrueSeen 4.5 yang memantau degupan jantung.

Dalam pada itu, pemakai juga boleh memantau kualiti dan mengenal pasti masalah tidur serta penyelesaiannya melalui teknologi AI yang dimuatkan padanya.

Tambahan lagi, juga dimuatkan mod SOS untuk panggilan kecemasan dengan menekan butang volume dan mod Help untuk ciri Fall Detection.

Antara lainnya, jam ini mempunyai ciri eSIM, lebih 100 mod senaman, dan ketahanan bateri sehingga tiga hari ketika dalam Smart Mode.

Nantikan ketibaan jam pintar HUAWEI Watch Series 3 beserta promosi menarik dan hadiah percuma pada 25 Jun 2021.

Ikuti laman web rasmi HUAWEI dan Facebook HUAWEI untuk maklumat terkini mengenai produk terbaru ini.

Baca juga – Huawei Dijangka Tidak Melancarkan Mate 50 Tahun Ini

Sumber: siaran akhbar HUAWEI