Huawei semalam turut memperkenalkan dua jam tangan pintar terbaharu mereka menerusi Huawei Watch 3 dan Huawei Watch 3 Pro. Terdapat beberapa perbezaan bagi kedua-duanya.

Baca juga – HarmonyOS Rasmi, Ekosistem Huawei Sudah Bermula

Mereka kali ini menampilkan butang dengan tombol boleh berputar pada bahagian sisi atas kanan dan butang bahagian bawah, mirip seperti barisan Apple Watch.

Watch 3 hadir dengan rekaan berbentuk bulat, skrin 1.43 inci AMOLED dengan kecerahan hingga 1000 nits. Diperbuat daripada aluminium dan bahagian bawah dari seramik dan mempunyai ketahanan kalis air 5ATM.

Selain itu, dimuatkan dengan pelbagai fungsi kesihatan seperti SpO2, degupan jantung, pemantauan tekanan dan penjejakan waktu tidur. Terdapat penambahan lagi dengan mengukur suhu badan melalui kulit dan juga pemantauan gula dalam darah.

Antara lainnya, lebih 100 mod senaman, eSIM, GPS, animasi muka jam dan ketahanan bateri hingga 3 hari dengan 4G diaktifkan.

Bagi Watch 3 Pro pula, ciri-cirinya seakan Watch 3 tetapi versi Pro ini hadir dengan bahan titanium, paparan yang dilindungi kaca saphhire, bateri sehingga 5 hari serta dwi-jalur GPS.

Huawei Watch 3 diletakkan pada harga bermula 2599 yuan (~RM1680) sementara Watch 3 Pro bermula 3299 yuan (~RM2130).

Baca juga – Huawei MatePad Pro, Tablet Pertama Dengan HarmonyOS