Sejak sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap Huawei, pasaran telefon pintar mereka semakin hari semakin merudum. Biarpun begitu, pengerusi Huawei Guo Ping menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah dalam pasaran ini.

Beliau menyatakan sekatan yang dikenakan memang memberikan kesan besar terhadap Huawei. Bagaimanapun, mereka akan tetap bertahan dan memerlukan lebih banyak pelaburan serta inovasi bagi mengatasi masalah tersebut.

Katanya lagi, Huawei mampu mencipta cip pemproses telefon pintar dengan teknologi baik dan lebih cekap tenaga. Akan tetapi, tiada yang dapat membantu Huawei dalam mengeluarkannya.

Disebabkan itu juga, Huawei sudah mula beralih arah untuk memajukan pembangunan automotif pula memandangkan sektor ini antara yang terbesar di dunia.

Selain itu, mereka juga akan memfokuskan pertumbuhan ICT seperti penerapan rangkaian 5G dalam industri. Malah, Huawei sememangnya mahir dalam bidang ini.

Walau apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat adakah Huawei mampu mengembalikan zaman kegemilangan mereka. Jika dilihat, di pasaran China sendiri, Huawei sudah kehilangan pegangan pasaran telefon pintar.

Sumber: globaltime

Baca juga: