Semalam kami telah merlaporkan bahawa Huawei mempunyai perancangan untuk menjual siri P dan Mate kepada syarikat lain. Ia dikatakan akan dilakukan sama seperti Huawei menjual HONOR untuk memastikan kelangsungan hidup siri premium tersebut.

Huawei kini telah tampil memberi kenyataan rasmi bahawa mereka langsung tidak berniat untuk menjual mana-mana siri dalam jenama mereka. Tambahan lagi, mereka akan terus menghasilkan telefon premium bermakna siri P dan Mate akan kekal buat masa ini.

Namun begitu, ada perkara yang masih perlu diperjelaskan. Ketika ini, Huawei tidak mempunyai bekalan cip kerana Kirin disekat dari pembuatan TSMC, manakala Qualcomm dan MediaTek pula langsung tidak dibenarkan untuk menjual cip kepada Huawei.

Pentadbiran Joe Biden baru-baru ini juga seakan masih belum memberi petunjuk Amerika Syarikat bakal meringankan beban yang ditanggung oleh Huawei.

Sumber: Myfixguide