Huawei nampaknya ‘seronok’ dengan ciri dan fungsi yang telah diperkenalkan pada ketiga-tiga model baru iPhone yang diperkenalkan semalam. Malah, mereka dilihat telah membuat satu kiriman berbaur sindiran terhadap pengeluar daripada Amerika itu di laman Twitter rasmi mereka.
Thank you for keeping things the same. See you in London. 16.10.18 #HigherIntelligence #HUAWEIMate20 pic.twitter.com/ZhZHj9Xg3s
— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) September 12, 2018
Kiriman berkenaan berbunyi ucapan terima kasih kepada Apple kerana tidak melakukan perubahan besar pada model iPhone terbaru mereka. Huawei juga mengingatkan Apple untuk bertemu mereka pada 16 Oktober ini untuk pelancaran Huawei Mate 20 pula di London.
Jika sebelum ini Samsung dilihat seringkali bergurau manja dengan Apple, kini Huawei juga nampaknya tidak mahu ketinggalan. Untuk rekod, tiga jenama ini merupakan jenama paling popular di dunia di mana Samsung berada di tempat pertama, Huawei kedua dan Apple di tempat ketiga.