Selepas phablet flagship Note 8 diplancarkan, Huawei pula mengorak langkah dalam memperkenalkan phablet flagship mereka iaitu Huawei Mate 10.
Huawei Mate 10 seperti yang anda tahu bakal membawakan rekaan dwi-kamera seperti sebelum ini. Peranti ini juga akan tergolong dalam barisan model Huawei yang dibina dengan sensor buatan Leica, Huawei P9/P9 Plus, Huawei Mate 9/Mate 9 Pro and the Huawei P10/P10 Plus.
Dilihat Huawei seperti sengaja mahu mencabar pesaing besar mereka Samsung yang baru sahaja memperkenalkan Galaxy Note 8 minggu ini. Anda juga dapat saksikan #beyondthegalaxy dalam gambar diatas yang secara jelas merujuk kepada Note 8 khususnya.
It's time to do what matters. Berlin, IFA 2017. #DoWhatYouWant pic.twitter.com/uD0fbjdgk3
— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) August 22, 2017
Huawei membawakan slogan “Do what matters”. Dalam video teaser di atas, mereka nampak sengaja mengusik Samsung dengan memotong perkataan “Bigger”, merujuk kepada kempen “Do Bigger Things” Note 8 yang membawakan skrin gergasi 6.3 inci.
Peranti ini akan diperkenalkan pada 16 Oktober ini. Huawei juga dikhabarkan bakal mengetengahkan ciri pembantu suara mereka sendiri. Sama-sama kita saksikan pertembungan antara dua model ini.